Thursday, May 21, 2009

Kolagen

Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas


Kolagen adalah salah satu protein yang menyusun tubuh manusia. Keberadaannya adalah kurang lebih mencapai 30% dari seluruh protein yang terdapat di tubuh. Dia adalah struktur organik pembangun tulang, gigi, sendi, otot, dan kulit. Serat kolagen memiliki daya tahan yang kuat terhadap tekanan. Kata kolagen sendiri berasal dari bahasa Yunani yang artinya (bersifat lekat atau menghasilkan pelekat).


Saturday, May 9, 2009

APA ITU COLLAGEN @ KOLAGEN????????





Kolagen merupakan struktur protein yang berfungsi sebagai :-
  • Pelekat dalam badan
  • Ia memberikan struktur kepada badan, melindungi dan menyokong tisu2 lembut serta menyambungkannya dengan tulang badan.
  • Ketika usia remaja dan awal 20-an, terdapat pertumbuhan hormon yang aktif bagi menyokong pertumbuhan struktur dan menggalakkan perkembangan otot, tendon dan ligamen.

Kolagen digunakan untuk menghasilkan protein bagi membantu pertumbuhan ini serta mengaktifkan penjanaan semula sel- sel badan baru.

Apa pula Kelebihan Kolagen ?

Kajian klinikal telah menunjukkan keberkesanan kolagen dalam :
  • Mengurangkan bilangan, kepadatan dan kejelasan kedutan.
  • Memastikan keanjalandan kesegaran kulit.
Bagaimanapun tahukah anda bahawa kolagen yang merupakan 1/3 protein yang terdapat dalam badan kita mengalami penyusutan apabila umur kita semakin meningkat?

Mari kita lihat kadar penyusutan di bawah :

Jangkaan kadar kehilangan kolagen
  • Umur 25 tahun ~ 1.5%
  • Umur 45 tahun ~ 30%
Akibat dari kesan2 penyusutan kadar kolagen ini, ia menyebabkan :
  • Kulit mula hilang keanjalan semulajadinya dan tanda-tanda awal kedutan mula jelas apabila mencapai pertengahan umur 20-an.
  • Pengurangan kolagen boleh mengganggu bahagian badan lain terutamanya, dalam penjanaan semula tisu-tisu lembut.
  • Kolagen dalam tisu lembut yang semakin berkurangan mengakibatkan kesukaran pengangkutan toksin dari sel ke sistem limfa.
  • Menghalang pergerakan nutrisi dan hidrasi yang mempunyai kesan ke atas kesihatan keseluruhan dan langsung mempengaruhi keadaan kulit dan sel lain. Pada masa yang sama, keadaan tulang, kuku dan rambut akan turut menunjukkan tanda-tanda awal penuaan.
Jangan bimbang.... kerana kesan ini ada penyelesaiannya iaitu melalui "Terapi Sintesis Kolagen". Terapi ini merupakan kaedah penggantian kolagen dengan pengambilan makanan tambahan yang mengandungi kolagen. Dengan ini sudah tentu COCOA COLLAGEN POWER PLUS mampu menggantikan kolagen yang hilang dalam badan serta meransang penjanaan kolagen baru.

Fathimah az-zahra rha dan gilingan gandum



Suatu hari masuklah Rasulullah SAW menemui anakandanya Fathimah az-zahra rha. Didapatinya anakandanya sedang menggiling syair (sejenis padi-padian) dengan menggunakan sebuah penggilingan tangan dari batu sambil menangis. Rasulullah SAW bertanya pada anakandanya, "apa yang menyebabkan engkau menangis wahai Fathimah?, semoga Allah SWT tidak menyebabkan matamu menangis". Fathimah rha. berkata, "ayahanda, penggilingan dan urusan-urusan rumahtanggalah yang menyebabkan anakanda menangis". Lalu duduklah Rasulullah SAW di sisi anakandanya. Fathimah rha. melanjutkan perkataannya, "ayahanda sudikah kiranya ayahanda meminta 'aliy (suaminya) mencarikan anakanda seorang jariah untuk menolong anakanda menggiling gandum dan mengerjakan pekerjaan-pekerjaan di rumah". Mendengar perkataan anakandanya ini maka bangunlah Rasulullah SAW mendekati penggilingan itu. Beliau mengambil syair dengan tangannya yang diberkati lagi mulia dan diletakkannya di dalam penggilingan tangan itu seraya diucapkannya "Bismillaahirrahmaanirrahiim". Penggilingan tersebut berputar dengan sendirinya dengan izin Allah SWT. Rasulullah SAW meletakkan syair ke dalam penggilingan tangan itu untuk anakandanya dengan tangannya sedangkan penggilingan itu berputar dengan sendirinya seraya bertasbih kepada Allah SWT dalam berbagai bahasa sehingga habislah butir-butir syair itu digilingnya.

Rasulullah SAW berkata kepada gilingan tersebut, "berhentilah berputar dengan izin Allah SWT", maka penggilingan itu berhenti berputar lalu penggilingan itu berkata-kata dengan izin Allah SWT yang berkuasa menjadikan segala sesuatu dapat bertutur kata. Maka katanya dalam bahasa Arab yang fasih, "ya Rasulullah SAW, demi Allah Tuhan yang telah menjadikan baginda dengan kebenaran sebagai Nabi dan Rasul-Nya, kalaulah baginda menyuruh hamba menggiling syair dari Masyriq dan Maghrib pun nescaya hamba gilingkan semuanya. Sesungguhnya hamba telah mendengar dalam kitab Allah SWT suatu ayat yang berbunyi : (ertinya)

"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya para malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak menderhakai Allah terhadap apa yang dititahkan-Nya kepada mereka dan mereka mengerjakan apa yang dititahkan".

Maka hamba takut, ya Rasulullah kelak hamba menjadi batu yang masuk ke dalam neraka. Rasulullah SAW kemudian bersabda kepada batu penggilingan itu, "bergembiralah karena engkau adalah salah satu dari batu mahligai Fathimah az- zahra di dalam syurga". Maka bergembiralah penggilingan batu itu mendengar berita itu kemudian diamlah ia.

Rasulullah SAW bersabda kepada anakandanya, "jika Allah SWT menghendaki wahai Fathimah, nescaya penggilingan itu berputar dengan sendirinya untukmu. Akan tetapi Allah SWT menghendaki dituliskan-Nya untukmu beberapa kebaikan dan dihapuskan oleh Nya beberapa kesalahanmu dan diangkat-Nya untukmu beberapa darjat. Ya Fathimah, perempuan mana yang menggiling tepung untuk suaminya dan anak-anaknya, maka Allah SWT menuliskan untuknya dari setiap biji gandum yang digilingnya suatu kebaikan dan mengangkatnya satu darjat.

Ya Fathimah perempuan mana yang berkeringat ketika ia menggiling gandum untuk suaminya maka Allah SWT menjadikan antara dirinya dan neraka tujuh buah parit. Ya Fathimah, perempuan mana yang meminyaki rambut anak-anaknya dan menyisir rambut mereka dan mencuci pakaian mereka maka Allah SWT akan mencatatkan baginya ganjaran pahala orang yang memberi makan kepada seribu orang yang lapar dan memberi pakaian kepada seribu orang yang bertelanjang. Ya Fathimah, perempuan mana yang menghalangi hajat tetangga-tetangganya maka Allah SWT akan menghalanginya dari meminum air telaga Kautshar pada hari kiamat.

Ya Fathimah, yang lebih utama dari itu semua adalah keridhaan suami terhadap isterinya. Jikalau suamimu tidak ridha denganmu tidaklah akan aku doakan kamu. Tidaklah engkau ketahui wahai Fathimah bahawa ridha suami itu daripada Allah SWT dan kemarahannya itu dari kemarahan Allah SWT?. Ya Fathimah, apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya maka beristighfarlah para malaikat untuknya dan Allah SWT akan mencatatkan baginya tiap-tiap hari seribu kebaikan dan menghapuskan darinya seribu kejahatan. Apabila ia mulai sakit hendak melahirkan maka Allah SWT mencatatkan untuknya pahala orang- orang yang berjihad pada jalan Allah yakni berperang sabil. Apabila ia melahirkan anak maka keluarlah ia dari dosa-dosanya seperti keadaannya pada hari ibunya melahirkannya dan apabila ia meninggal tiadalah ia meninggalkan dunia ini dalam keadaan berdosa sedikitpun, dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga, dan Allah SWT akan mengurniakannya pahala seribu haji dan seribu umrah serta beristighfarlah untuknya seribu malaikat hingga hari kiamat.

Perempuan mana yang melayani suaminya dalam sehari semalam dengan baik hati dan ikhlas serta niat yang benar maka Allah SWT akan mengampuni dosa- dosanya semua dan Allah SWT akan memakaikannya sepersalinan pakaian yang hijau dan dicatatkan untuknya dari setiap helai bulu dan rambut yang ada pada tubuhnya seribu kebaikan dan dikurniakan Allah untuknya seribu pahala haji dan umrah. Ya Fathimah, perempuan mana yang tersenyum dihadapan suaminya maka Allah SWT akan memandangnya dengan pandangan rahmat. Ya Fathimah perempuan mana yang menghamparkan hamparan atau tempat untuk berbaring atau menata rumah untuk suaminya dengan baik hati maka berserulah untuknya penyeru dari langit (malaikat), "teruskanlah 'amalmu maka Allah SWT telah mengampunimu akan sesuatu yang telah lalu dari dosamu dan sesuatu yang akan datang". Ya Fathimah, perempuan mana yang meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotongkan kumisnya serta menggunting kukunya maka Allah SWT akan memberinya minuman dari sungai-sungai syurga dan Allah SWT akan meringankan sakaratulmaut-nya, dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga seta Allah SWT akan menyelamatkannya dari api neraka dan selamatlah ia melintas di atas titian Shirat".

BERKONGSI PENGETAHUAN

Ayat 'manzil' baik dijadikan amalan
Manzil adalah kumpulan beberapa ayat yang mempunyai makna dan khasiat yang sangat mustajab jika diamalkan dengan penuh tawajjuh oleh pengamalnya dengan niat untuk menghindari diri dari gangguan sihir, malapetaka buruk,penyakit2 kronik dan sebagainya.

Saya telah bertanya dengan guru tajwid saya, ustaz Zainudin zakaria,Imam masjid Tengku ampuan afzan, Kuantan .Beliau memberikan galakan kepada sesiapa sahaja yang ingin beramal secara istiqomah akan ayat2 tersebut kerana ianya juga diamalkan oleh para ulama silam . Ada juga ulama yg mengumpulkan ayat dan zikir lain seperti dalam buku al-makthurat. Ayat2 manzil ini biasanya digabungkan dengan ayat munjiyat dan ayat2 syifa serta doa abu darda. Baca'an kesemua ayat2 ini hanya memakan masa kira2 30 minit sahaja, jadi jomlah kita beramal.

Ayat2 manzil yang terdapat dalam buku karangan maulana muhammad Zakaria ini mengandungi ayat2 berikut:-

[1] al-Fatihah

[2] 5 ayat pertama surah al-Baqarah.

[3] ayat 163 & 164 surah al-Baqarah (wa ila hukum ilahuw-wahidun.

[4] Ayat al-Kursi (al-Baqarah ayat 255).

[5] 3 ayat terakhir surah al-Baqarah.( 284-286)

[6] ayat 18 surah `Ali Imran (Syahidallahu annahu la ilaha illa huwa.

[7] ayat 26 dan 27 surah 'Ali Imran

[8] ayat 54-56 surah al-A'raaf (Inna Rabbakumullahullazi.

[9] ayat 110-111 dari surah al-isyra

[10] ayat 115-118 surah al-Mukminun (Fata'alallah al-Malikulhaq.

[11] ayat 1-11 dari surah as-saffat

[12] ayat 3-40 surah ar-Rahman

[13]ayat 21-24 dari surah al-Hasyr.

[14] ayat 1-4 dari surah al-jin

[15] surah al-kafirun keseluruhannya.

[16] surah al-Ikhlas keseluruhannya

[17] surah al-Falaq keseluruhannya

[18] surah al-Nas, keseluruhannya.

Pengarang : Maulana Muhammad Zakaria.

ISBN 983-099-718- 9